WANITA MENOPAUS LEBIH BERNAFSU DAN KUAT SEKS

Benar kah wanita berusia empat puluhan dan ke atas serta sudah putus haid (menopaus) lebih kuat nafsu mereka berbanding wanita yang lebih muda?. Ramai lelaki yang beranggapan bahawa wanita yang sudah tidak lagi didatangi haid sudah hilang atau berkurangan nafsu mereka dan tidak lagi berminat untuk lakukan aktiviti persetubuhan / hubungan intim. Namun ternyata tanggapan ini salah sama sekali.

Fakta kajian terkini yang dilakukan menunjukkan situasi sebaliknya. Ternyata wanita yang sudah menopaus lebih berminat dan bernafsu untuk melakukan aktiviti seksual. Anda boleh baca petikan hasil kajian Pakar Urologi, Prof Dr George Lee terbitan MyNewHub.CC yang disalin kembali di bawah ini:

KUALA LUMPUR – Wanita Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas didapati lebih banyak melakukan seks, terutama selepas menopaus, kata Perunding Pakar Urologi, Profesor Dr. George Lee.

Beliau yang bertugas di Hospital Gleneagles di sini berkata wanita lebih 40 tahun secara purata berasmara lapan kali sebulan berbanding dengan mereka di bawah umur 40 tahun yang hanya bermain seks purata enam kali sebulan.

Menurut portal tempatan The Star, Dr. George menjelaskan bahawa antara sebab utama adalah kerana wanita usia tersebut sudah pun menopaus atau mengalami putus haid sekali gus tidak perlu bimbang tentang isu kehamilan.

“Pada kelazimannya, lelaki tidak selesa memakai kondom di zakar, dan wanita tidak mahu mengambil pil kawalan kelahiran kerana mereka takut berat badan naik. Faktor-faktor ini akhirnya menjadikan seks sedikit ‘berisiko’.

“Justeru untuk mengatasi keadaan, kebanyakan pasangan berkahwin biasanya mengelakkan hubungan seks sama sekali, dan itulah yang berlaku kepada begitu ramai pasangan pertengahan umur di Malaysia,” kata Dr. George.

Ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Apa Hakikat Tabiat Seksual’, beliau berkata meskipun ramai menganggap bahawa wanita tiada nafsu syahwat selepas menopaus, sebenarnya kehidupan seks mereka boleh dipertingkatkan.

“Apabila wanita telah putus haid, wanita berasa lebih yakin untuk bersetubuh. Mereka melepaskan rasa keinginan berasmara di ranjang yang cukup tinggi dan menikmati seks lebih kerap dengan pasangan,” jelas Dr. George lagi.

Beliau berkata, wanita yang lebih tua juga kurang cenderung untuk memikirkan perkara-perkara kecil termasuk bimbang mengandung tanpa dijangka seterusnya membolehkan mereka ada banyak masa lapang untuk berjimak.

“Dalam satu kajian yang kami lakukan pada ranking seks dalam senarai keutamaan hidup, didapati bahawa wanita meletakkan kedudukan seks pada tangga ke-14 daripada 17, dengan 17 sebenarnya adalah status kurang penting.

“Ini jauh berbeza untuk lelaki yang menilai amalan seks sebagai kedudukan lapan daripada 17,” kata Dr. George sambil menjelaskan bahawa ini adalah kerana secara amnya, wanita berasa bimbang lebih daripada lelaki.

“Mereka banyak fikir tentang isu wang perbelanjaan dapur, pelajaran anak-anak, keadaan rumah, apa menu untuk dimasak dan lain-lain sehingga tidak terlintas mengadakan hubungan kelamin dengan suami pada waktu malam.

“Jadi apabila mereka lebih tua, anak-anak sudah berada di universiti manakala isu kewangan semakin stabil, sekali gus wanita lebih mudah bernafsu untuk menikmati hubungan seks,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Ubat Kuat Resepi Jawa Dari Buah Pinang (Video)

Petua atau tip menguatkan daya ketahanan zakar, tenaga batin dan merawati masalah mati pucuk, dingin seks atau kurang nafsu seksual amalan orang Jawa ini pastinya akan dapat membantu sesiapa saja yang bermasalah. Resepi Ubat Kuat ini boleh dihasilkan sendiri dalam masa yang singkat saja kerana bahan bahan yang diperlukan sangat mudah didapati malah ianya cukup murah serta menjimatkan.

Bahan Bahan Diperlukan:

  1. Sebiji buah pinang
  2. 10 biji lada hitam
  3. Sedikit madu lebah asli
  4. Sedikit minyak kelapa
  5. Air secukupnya

buah pinang

lada hitam

madu lebah

Untuk cara penyediaannya langkah demi langkah, sila tonton video ini !

Selamat mencuba dan menikmati hasilnya. Untuk supplement Ubat Kuat segera (kalau anda terlalu sibuk dan kesuntukan masa menyediakan ramuan DIY di atas), anda boleh tinjau blog Ubat Kuat di SINI !

 

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Mati Pucuk Dan Lemah Tenaga Batin, Tanda Tanda Dan Kaedah Rawatan

Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.

Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotensi” dalam istilah perubatan.

Image

Sebab Dan Punca:

Keadaan ini berpunca dari banyak sebab, seperti masalah jantung yang tidak disedari, darah tinggi dan kencing manis, kebanyakannya mampu dirawat.

Punca masalah lemah tenaga batin boleh disebabkan oleh psikologi atau fisikologi. Dari segi fisiologi, ketegangan zakar adalah melalui mekanisma hidrolik berasaskan darah memasuki dan dikekalkan dalam zakar, dan terdapat pelbagai cara ia terhalang, kebanyakannya boleh dirawat. Mati pucuk psikologi adalah di mana kegagalan tegang disebabkan pemikiran atau perasaan dan bukannya kegagalan fisikologi; dan ini sering kali boleh diatasi. Dalam masaalah mati pucuk psikologi, terdapat kesan plasebo yang jelas.
Ubat yang diberikan oleh doktor untuk merawat penyakit kencing manis, sakit jantung dan tekanan darah tinggi boleh menyebabkan lemah tenaga batin apabila diambil secara berterusan. Oleh itu, adalah baik jika pesakit berbincang dengan doktor berkenaan kesan sampingan tersebut, sebelum memula mengambilnya.

Pesakit dengan masalah jantung sering kali diberikan ubat yang mengandungi nitrat. Bahan aktif dalam ubat mati pucuk (seperti Sildenafil Citrate (Viagra),Cialis dan Levitra) mampu berinteraksi dengan nitrat dan menurunkan tekanan darah kepada paras merbahaya dan mampu membawa maut.
Bagi pesakit kencing manis, darah tinggi atau kalesterol tinggi mengambil ubat tanpa rujukan doktor mampu menyebabkan kesan sampingan merbahaya seperti kegagalan ginjal.
Lemah tenaga batin, berkait rapat dengan tanggapan budaya kepada kesuburan, kejayaan, dan kelakian, mampu menyebabkan kesan psikologi teruk termasuk perasaan malu, perasaan hilang harga diri atau rendah diri; seringkali ia tidak perlu kerana dalam kebanyakan kes ia boleh diatasi. Terdapat budaya menyepi yang kuat dan tidak mampu berbincang mengenai masaalah ini. Fakta sebenar adalah sekitar 1 dari 10 lelaki akan mengalami masaalah lemah tenaga batin berulang pada satu ketika dalam hidup mereka.

Tanda Tanda Awal Masalah:

Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda. Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalami :

1. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.

2. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.

3. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.

4. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.

Rawatan:

Rawatan bergantung kepada punca. Tambahan testosterone boleh digunakan bagi kes disebabkan kekurangan hormon. Bagaimanapun, punca sebenar kemungkinannya disebabkan kekurangan bekalan darah pada zakar disebabkan kerosakan lapik dalam urat darah. Kerosakan ini lebih kerap pada lelaki berusia, dan sering kali dikaitkan dengan penyakit, terutama kencing manis, kesan akibat merokok, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Rawatan (dengan pengecualian tambahan testosterone, apabila berkesan) bertindak hanya sementara: ia membolehkan penegangan dicapai dan dikekalkan cukup lama untuk bersenggama, tetapi tidak menyembuhkan keadaan sebenar. Terdapat pelbagai rawatan sedia ada:

Rawatan Oral
3 jenis pil kini tersedia daripada doktor dan ia bertindak dengan simulasi secara seksual. Bergantung kepada jenis rawatan, ia memerlukan sekitar 20 minute hingga 1 jam sebelum eks dan tempoh keberkesanan berbeza antara 3 jam sehingga 36 jam.

Alprostadil
Ini boleh disuntik kedalam zakar atau dimasukkan dengan menggunakan peralatan khusus – biasanya sebelum bersenggama.

Pam hampagas zakar
Ia bertindak dengan menarik darah kedalam zakar menyebabkan zakar mendapat ereksi dan padat digunakan sebelum bersenggama.

Rawatan hormon
Ia jarang digunakan, tetapi sesetengah lelaki menerima hormon bagi menangani masaalah ketegangan mereka. Ini bergantung kepada punca masaaalah selain faktor lain yang ditentukan oleh doktor.

Pembedahan
Seringkali, sebagai langkah terakhir, prosedur paling biasa adalah menanam prosthetik yang membabitkan memasukkan batang buatan kedalam zakar.

Khidmat nasihat
Nasihat merupakan satu jalan, apabila punca psikologi disyaki atau mesti diketepikan, atau sebagai membantu menguruskan ketegangan fikiran.

Lebih drastik lagi, menanam zakar buatan boleh ditegankan atau kaku melalu pembedahan. Penanaman biasanya tidak boleh diundur dan mahal. Kesemua kaedah mekanikal diatas berasaskan prinsip mudah hidrolik dan mekanikal dan boleh diharapkan, tetapi mempunyai kelemahan tersendiri. Dalam beberapa kes terdapat masaalah vaskular yang boleh dirawat melalui pembedahan.

* Sumber dari Wikipedia.

Kaedah perawatan oral tradisional penyakit mati pucuk atau lemah tenaga batin ini juga telah terbukti dapat menyembuh ribuan kes berkenaan. Herba herba alami anugerah alam seperti Maca, Tongkat Ali, Panax Radix Ginseng, Tribulus Terrestris, Cordyseps Sinensis dan digabungkan dengan bahan bahan lain didapati berupaya membantu merawat penderita mati pucuk atau lemah tenaga batin. iBioCare melalui pengeluaran teknologi bio “Swiss-Tech” telah berupaya menghasilkan produk produk alternatif untuk perawatan sebahagian lelaki yang menderita masalah ini. Teknolologi bio SWISS ini berupaya menggabungkan tumbuhan sumber alam utama tadi serta mengekalkan khasiat optima dalam bentuk yang paling natural (asli) tanpa kesan sampingan memudarat.

Anda juga patut tahu tentang herba Damiana dari Mexico yang menjadi pilihan utama ramai masyarakat di negara berkenaan serta di beberapa negara Eropah dalam membantu mereka memulihkan dan meningkatkan prestasi seksual masing masing. Herba ini kini boleh didapati di Malaysia melalui satu formulasi yang cukup ampuh bersama 10 jenis herba popular lain atas nama Damiana Plus

 

 

 

 

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Tinggalkan komen